Logo Design by FlamingText.com

Rabu, 4 Disember 2013

Lirik Lagu Al Haq - Mawi feat AC Mizal

(AC Mizal)
Andainya ku bisa putarkan saat waktu,
Ku perbetulkan segala kesilapan lalu,
Andainya kupernah melukakan hatimu,
Izinkan aku mengubati jiwa ragamu,
Segala-gala suka dan duka,
Tak pernah dapat ku lupa,
Daku manusia biasa,
dibawa dosa pahala,
Hidup didunia cuma sementara,
Janganlah leka jangan terpedaya,
Antara kaca dan juga permata.

(Mawi)
Ku bersujud padamu,
berdoa pada yang satu,
Padamu aku mengadu,
Allah yang satu,
Mohon petunjuk darimu,
berderai air mataku,
Ku ingin dekat denganmu.

Ya Allah x2,
Ampunilah dosa-dosaku yang lalu,
Ya Allah x2,
Maha Pengasih,Penyayang, Maha Mengerti.

(AC Mizal)
Andainya kubisa hidup seribu tahun lama lagi,
Ku kota kata kata yang telah ku janji,
Andainya ditakdirkan esok aku pergi,
Susun sepuluh jari memohon diampuni,
Janganlah bersedih berduka,
Berjumpa disana semula,
Kembali kepada pencipta,
Diruang yang luas terbuka,
Pintu syurga dan neraka,
Bertapa kau bersedih berduka dijiwa gelora didalam dilema menanggung derita

(Mawi)
Ku bersujud padamu,
berdoa pada yang satu,
Padamu aku mengadu,
Allah yang satu,
Mohon petunjuk darimu,
berderai air mataku,
Ku ingin dekat denganmu.

Ya Allah x2,
ampunilah dosa dosaku yang lalu,
Ya Allah x2,
Maha Pengasih,Penyayang, Maha Mengerti.

(AC Mizal)
Allah akhbar, Allah yang Maha Besar,
Mari memuji memuja,
Maha Kaya Berkuasa,
Ampunilah segala dosaku yang lalu

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang - Tegar

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita,
Sekarang aku bahagia

Cita-citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang Alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang Maha Kuasa
Memberi jalan untukmu semua..

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam, selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Membantu keluarga di rumah

Sekolah dulu ku gak punya biaya
Terpaksa ku harus mencari nafkah
Tetapi, aku tak berputus asa
Pasti yang kuasa memberi jalannya

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam, selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman..

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam, selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman..

Sekolah dulu ku gak punya biaya
Terpaksa ku harus mencari nafkah
Paling bisa bantu dengan penuh cinta
Cinta yang penuh warna..

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita,
Sekarang aku bahagia

Cita-citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang Alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang Maha Kuasa
Memberi.. ... memberi .. jalan untukmu semua

Antara Keinginan Suami dan Arahan Ayah

Soalan:
salam ustaz.
saya seorang isteri dan telah berhenti kerja setelah melahirkan anak pertama setelah berbincang dan mendapat persetujuan suami. Niat asal saya ingn menyambung masters supaya dapat bertukar kerjaya yang sangat sibuk ketika itu kepada pekerjaan pensyarah setelah smbung balajar. Namun setelah berhenti kerja, suami lebih suka saya menjadi suri rumah dan tidak mengizinkan saya berkerja mahupun sambung belajar. Alhamdulillah keperluan mencukupi walaupun tidak semewah mana dan suami juga lebih tenang pergi bekerja kerana saya sendiri yang mnjaga anak kami.

Masalah saya ialah ayah saya sndiri tidak suka saya berhenti kerja. Ayah saya menelefon saya dan bercakap yang kadang-kadang menguris hati saya seperti menyatakan saya seorang yang hidup daif sebab tidak bekerja, saya paling miskin di antara adik-beradik sebab tidak bekerja dan lain-lain. Tidak cukup dengan itu, ayah juga turut membnding-bandingkan saya dengan adik-bradik lain yang semuanya berkerja dan menakut-nakutkan saya sekiranya suami meninggal atau bercerai apa yang akan jadi kepada saya yang tidak berkerja ini. Ayah saya juga menyatakan rezeki anak itu datang dari bekerja. Kalau suami sahaja yang bekerja tapi isteri tidak berkerja, tertutupla rezeki anak dan macam-macam lagi.
Setiap kali ayah berkata begitu, saya tidak membalas sebab saya masih perlu menghormatinya sebagai seorang ayah. Suami saya sememangnya tidak membenarkan saya bekerja kerana ingin saya mendidik dan membesarkan sendri anak kami. Apatah lagi sekarag terlalu banyak kes melibatkan penderaan bayi dan kanak-kanak. Saya juga redha dengan keputusan suami dan berusaha untuk menjadi suri rumah terbaik buat keluarga. Tetapi saya rasa amat tertekan dengan ayah yang saban hari memaksa saya bekerja. Ayah memang seorang yang mementingkan wang dan pangkat.
Saya harap ustazlove dapat kupaskan isu ini dengan panjang lebar kerana saya percaya ramai isteri yang mengalami dilema yang sama. Pada zaman serba moden ini, surirumah tidak lagi di anggap kerjaya mulia tetapi kerjaya yang membuahkan wang bulanan itu yang sentiasa diagong-agongkan. Bantula saya ustazlove. Bagaimana saya hennak puaskan hati ayah saya pada masa yg sama taat pada suami.
-isteri dilema-

Jawapan:
Dalam apa juga perkara, jika kita terlalu berusaha untuk memuaskan hati orang lain, akhirnya kita akan menjadi hamba kepada orang tersebut. Takut tersilap cakap, kita banyak diam.. takut tersilap tegur, kita mengiakan walaupun salah.. takut hubungan berantakan (cewahh.. dah maju rupanya penulisan Ustaz Love dalam penggunaan bahasa bombastik..kiki), kita banyak mengalah.. akhirnya, apa yang tinggal pada diri sendiri? Makan hati, memendam rasa, tertekan jiwa raga, perasaan rendah diri dan sebagainya yang selayaknya dimiliki oleh seorang hamba abdi.
Jika kita meletakkan kepuasan itu dalam mentaati perintah Allah dan RasulNya, maka sekalipun kita menjadi hamba, namun perasaan kita tidak akan sama seperti menjadi hamba manusia.. kerana kita menjadi hamba kepada yang Maha Esa, dan bukannya sesama manusia yang darah pun sama merahnya, dan kentut pun sama busuknya.
Begitulah juga dalam menentukan sesuatu pilihan, kita kena jelas yang mana satu patut diutamakan dan yang mana satu patut dikemudiankan.
Dalam kes puan ini, Ustaz Love tak nampak di mana silapnya jika puan mengikuti permintaan suami. Cuma yang menjadi masalahnya, kehendak sang ayah yang tak dapat tidak, kena diperhati juga. Banyak jasa dan pengorbanan beliau terhadap anak-anak. Jadi, tak semudah itu untuk menolak keinginan mereka tanpa apa2 justifikasi.
Kebanyakan ibu bapa (terutama dari golongan berpendapatan rendah) amat mengharapkan bantuan anak-anak yang telah besar untuk bekerja dan membantu adik-adik yang masih kecil. Ini kerana mereka memikirkan telah banyak masa dan tenaga serta wang dihabiskan untuk membesarkan anak-anak. Jadi, bila anak-anak dah bekerja, tibalah pula masa mereka untuk membalas budi.. janji dicapati.. Sedangkan mereka terlupa bahawa tanggungjawab untuk membesarkan anak-anak itu memang dah menjadi tanggungjawab mereka (ibu bapa). Kalau rasa tak nak bertanggungjawab, adalah lebih baik mereka tak payah beranak atau tak payah kawen.. hidup je membujang sampai ke mati.. tak perlu susah payah nak menuntut jasa daripada anak-anak.
Walaupun begitu, di pihak anak-anak, mereka masih lagi perlu berbakti kepada ibu bapa. Banyak kaedah untuk berbakti.. antaranya memudahkan urusan mereka (dengan memberikan wang belanja.. sbb mereka pun dah tua, tak larat nak bekerja), mendoakan kebaikan buat mereka, menghiburkan hati mereka (dan tak serabutkan mereka dengan masalah rumahtangga anak-anak) dan sebagainya. Jika ibu bapa tiada sumber pendapatan, menjadi kewajipan untuk anak-anak membantu mereka sekadar termampu. Itu masuk bab tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa. Tak perlu sang anak itu nak mengungkit-ungkit dengan alasan seperti ibu bapa mereka tak pernah berjasa membesarkan mereka dan sebagainya. Sebab menunaikan tanggungjawab ini tak tertakluk kepada timbal-balik. Sekalipun ibu bapa tak pernah pelihara anak-anak daripada kecil, anak-anak masih lagi bertanggungjawab untuk menjaga mereka semasa hari tua.
Bila seorang anak itu telah berkahwin, anak lelaki masih lagi punya tanggungjawab untuk taat kepada ibu bapanya. Sedangkan bagi anak perempuan, suami itu diletakkan pada tempat pertama dalam bab ketaatan selepas ketaatan kepada Allah dan RasulNya.
Oleh kerana umumnya kita mengetahui, betapa susahnya nak memujuk hati orang tua ini, maka Ustaz Love mencadangkan agar puan berbincang elok2 dengan suami tentang perkara ini. Sekalipun permintaan suami untuk puan menjadi surirumah itu tiada salah dan silapnya, namun suami kena bertindak adil dalam hal ini. Ustaz Love tak mengatakan yang membenarkan isteri bekerja itu suatu sikap yang terpuji atau terkeji, tetapi Ustaz Love cuma nak fokus pada perjanjian asal sang suami terhadap sang isteri.
Dalam pekerjaan ini, ada 2 tujuan yang biasanya menjadi alasan bagi para wanita untuk bekerja. Yang pertama adalah untuk menambahkan pendapatan keluarga. Yang kedua adalah untuk kepuasan diri.
Jika pendapatan suami sudah lebih daripada mencukupi untuk memenuhi keperluan nafkah keluarga, maka secara logiknya, tidak ada sebab seseorang isteri itu untuk keluar bekerja bagi menambahkan pendapatan. Namun, kadang-kadang hati seorang wanita itu meronta-ronta juga bila kepuasan dirinya tidak dapat dipenuhi. Beliau belajar setinggi-tingginya dengan pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit yang tidak terkira banyaknya, sedikit sebanyak ia meremukkan juga hati seorang wanita yang terpaksa menjadi seorang surirumah.
Menjadi seorang wanita berkerjaya tidaklah dipandang sebagai suatu kehinaan. Perlu dilihat pada konteks kerjaya yang dipilihnya. Kalau beliau memilih kerjaya sebagai seorang guru, pensyarah, atau ustazah, bukankah ia boleh menjadi suatu amalan yang berterusan walaupun selepas matinya nanti (ilmu yang bermanfaat)? Jika seorang wanita bekerja dan ada pendapatan lalu memberikan sedekah kepada yang memerlukan, bukankah ia juga akan menjadi amalan yg manfaatnya berterusan (sedekah jariah)? Hina atau tidak wanita yg bekerja itu bukanlah pada statusnya sebagai wanita berkerjaya, sebaliknya terletak pada pemilihan kerjaya yg beliau lakukan.
Menjadi seorang surirumah juga suatu pekerjaan yang mulia kerana tanggungjawab mendidik anak-anak itu terletak di tangan kedua ibu bapa. Jika bapa sudah pergi bekerja, maka menjadi tanggungjawab ibu untuk mendidik mereka di rumah. Kalau dua-dua bekerja, siapa yang nak jaga mereka? Takkan nak lepaskan tanggungjawab dekat bibik semata-mata?
Dalam hal ini, ia memerlukan seorang wanita itu untuk memilih pekerjaan yang tidak mengganggu rutin rumahtangganya (jika beliau memilih untuk bekerja). Jawatan pensyarah itu bagi Ustaz Love, lebih fleksibel masanya dan tidak mengganggu rutin rumahtangga. Lain lah kalau kerja jadi mak guard ke (yg kena bertugas waktu malam), atau kerja kilang yang kena syif 12 jam (akan kurang masa dengan keluarga) dsb.

Berbalik pada perjanjian asal tersebut, asalnya sang suami setuju untuk puan berhenti kerja dan bersetuju untuk puan sambung belajar serta bersetuju untuk puan kembali bekerja (dengan jawatan pensyarah). Walaupun ia perjanjian mulut, namun ia masih diiktiraf dalam syarak. Seorang suami, jika berjanji dengan isterinya, wajib menunaikan janji tersebut selagi ia tidak melanggar batasan syarak. Namun, jika selepas perjanjian pertama (isteri berhenti kerja) dilaksanakan, perjanjian kedua dinafikan, pada pandangan Ustaz Love, ia tak lebih sekadar umpan untuk sang isteri berhenti kerja (mungkin sebelum ni tak sanggup nak cakap direct dan mengecilkan hati sang isteri). Sebab itu puan kena tanya terus-terang akan kehendak suami itu pada asalnya. Ustaz Love bukan nak suruh puan bertengkar dengan suami, cuma sekadar meminta penjelasan atas tindakannya. Sebab ia adalah asas kepada masalah yang berangkai ini.
Jika suami memang daripada awal berniat supaya puan berhenti kerja dan menjadi surirumah, maka puan kena taat dengan keputusan suami. Soal janjinya pada puan, biarlah dia tanggung sendiri. Yang penting, puan tidak mengurangkan ketaatan dan rasa hormat terhadap suami.
Kadang-kadang, kita kena berfikir selangkah ke depan. Zaman sekarang ni, segala2nya memerlukan duit. Nak kencing dalam toilet RnR pun kena melalui tol yang akan mengambil sebahagian duit kita. Apatah lagi nak sambung belajar, nak hantar anak ke nurseri dsb. Jika dalam keadaan ini (puan menjadi surirumah) pun, belanja sekadar cukup-cukup makan, bayangkan kalau puan sambung belajar dan anak dihantar ke nurseri. dah tentu beban suami itu akan bertambah. Orang lelaki ni mementingkan stabiliti. Kalau hidup sekarang ni dah stabil, mungkin suami tu merasakan tiada sebab beliau nak bersusah payah lagi (menambahkan perbelanjaan).
Dan pandangan sang ayah itu juga ada benarnya. Memang kebanyakan ibu tunggal yang tidak bekerja (sama ada ditinggalkan suami akibat kematian atau perceraian) akan melalui fasa hidup yang agak susah. Permulaannya, mereka akan menyusahkan ibu bapa mereka (menumpang rumah ibu bapa, tinggalkan anak untuk dijaga oleh mereka, mereka terpaksa keluarkan belanja untuk anak dan cucu-cucu dsb) sebelum dapat mencari pekerjaan dan menstabilkan kehidupan. Ini memang lumrah kehidupan dan kes-kes seperti ini biasa kita baca dan dengar daripada pelbagai sumber. Sama ada sang ayah itu tidak sanggup nak membantu (jika ditakdirkan ia berlaku) atau sekadar memberikan peringatan, kedua-dua alasan ini mempunyai justifikasi tersendiri.
Kita tak boleh nak menyangka atau mengganggap ayah itu mata duitan, mementingkan pangkat dsb (sekalipun kita yakin dan pasti 100%), sebab kita tidak mampu nak membaca apa yang ada dalam hatinya. Mungkin juga beliau punya pengalaman menempuh hidup yang susah dalam keadaan terhina dan dihina, ataupun ada kawan-kawannya yang mengalami nasib seperti itu, maka beliau tidak sanggup melihat anak kesayangannya menerima nasib yang sama. Apatah lagi selepas beliau berusaha dan berkorban memberikan pendidikan yang terbaik buat anak-anaknya. Cuma bab suami bekerja, isteri tak bekerja, anak tertutup rezeki, itu tak betul. Rezeki bukan ditentukan oleh ibu, ayah ataupun kerajaan. Rezeki itu Allah yang tentukan.
Apa yang penting, carilah jalan penyelesaian. Jangan mencari alasan. Sebab kebiasaannya kita akan menggunakan orang lain sebagai alasan atas masalah kita, sedangkan kita selalunya tak sedar yang masalah itu berpunca daripada diri kita sendiri.
Puan berbincanglah dengan suami. Selepas itu buatlah perbincangan keluarga dengan kehadiran ayah dan mereka-mereka yang sepatutnya terlibat. Tak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan dan yang penting, kita kena bertindak dan bukan sekadar menunggu ilham penyelesaian turun dari langit.
Kawal tekanan dengan mendekatkan diri dengan Allah. Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran. Bangun malam untuk solat tahajjud dan solat hajat. Buat solat istikharah memohon petunjuk jalan mana yang patut dipilih. Berdoalah bersungguh-sungguh kepada Allah semoga masalah ini dapat diselesaikan dengan jalan yang terbaik dan tidak memberi mudarat kepada mana-mana pihak.

Jumaat, 1 November 2013

Sedikit, Tetapi Susah Dibuat

"Sesungguhnya amal manusia yang pertama kali dihisab pada hari kiamat adalah solatnya." Jika solatnya baik, maka baik pula seluruh amalnya; dan kalau buruk, maka buruklah seluruh amalnya. Bagaimana mungkin seorang yang beriman mengharapkan kebaikan di akhirat, sedang pada hari kiamat bukunya kosong dari solat Subuh tepat pada masanya?

"Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya 'dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya (berjemaah di masjid) sekalipun dengan merangkak."
 [HR Al-Bukhari dan Muslim]

Solat Subuh memang solat wajib yang paling sedikit jumlah rakaatnya, hanya dua rakaat saja. Namun, ia menjadi standard keimanan seseorang dan ujian terhadap kejujuran, kerana waktunya sangat sempit (sampai matahari terbit)

Ada hukuman khusus bagi yang meninggalkan solat Subuh. Rasulullah SAW telah menyebutkan hukuman berat bagi yang tidur dan meninggalkan solat wajib, rata-rata punca utama seorang muslim meninggalkan solat Subuh adalah tidur.

"Syaitan melilit leher seorang di antara kamu dengan tiga lilitan ketika dia tidur. Dengan setiap lilitan syaitan membisikkan, 'Nikmatilah malam yang panjang ini'. Apabila dia bangun lalu mengingat Allah, maka terlepaslah lilitan itu. Apabila dia berwuduk, lepaslah lilitan yang kedua. Kemudian apabila dia solat, lepaslah lilitan yang ketiga, sehingga ia menjadi bersemangat. Tetapi kalau tidak, dia akan terbawa-bawa perlahan dan malas."


"Berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang banyak berjalan dalam kegelapan (waktu Isyak dan Subuh) menuju masjid dengan cahaya yang sangat terang pada hari kiamat" [HR. Abu Daud, At-Tarmidzi dan Ibnu Majah]

Allah akan memberi cahaya yang sangat terang pada hari kiamat nantinya kepada mereka yang menjaga Solat Subuh berjemaah (bagi kaum lelaki di masjid), cahaya itu ada dimana sahaja, dan tidak mengambilnya ketika melewati Sirath Al-Mustaqim, dan akan tetap bersama mereka sampai mereka masuk syurga, Insya-Allah.

"Solat berjemaah (bagi kaum lelaki) lebih utama dari solat salah seorang kamu yang sendirian, berbanding 27 kali ganda. Malaikat penjaga malam dan siang berkumpul pada waktu solat Subuh." "Kemudian naiklah para Malaikat yang menyertai kamu, pada malam harinya, lalu Tuhan mereka bertanya kepada mereka padahal Dia lebih mengetahui keadaan mereka - 'Bagaimana hamba-hambaku ketika kamu tinggalkan?' Mereka menjawab, 'Kami tinggalkan mereka dalam keadaan solat dan kami dapati mereka dalam keadaan solat juga '."
 [HR Al-Bukhari]

Sedangkan bagi wanita walaupun solat di masjid dibenarkan, solat di rumah adalah lebih baik dan lebih banyak pahalanya, iaitu yang mengerjakan solat Subuh pada saat para lelaki sedang solat di masjid. Ujian yang membezakan antara wanita munafik dan wanita mukminah adalah solat pada permulaan waktu.

"Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka dia berada dalam jaminan Allah. Solat Subuh menjadikan seluruh umat berada dalam jaminan, penjagaan, dan perlindungan Allah sepanjang hari. Barang siapa membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah akan menuntutnya, sehingga Dia akan membenamkan mukanya ke dalam neraka."[HR Muslim, At-Tarmidzi dan Ibnu Majah]

Banyak permasalahan, yang bila diselidiki, berpunca daripada pelaksanaan solat Subuh yang dipandang ringan. Banyak peristiwa petaka yang terjadi pada kaum penderhaka berlaku di waktu Subuh, yang menandakan berakhirnya dominasi jahiliyah dan munculnya cahaya tauhid. 

"Sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah di waktu Subuh; bukankah Subuh itu sudah dekat?" (Surah Hud: 81)

Rutin harian permulaan bergantung pada pelaksanaan solat Subuh. Seluruh urusan dunia seiring dengan waktu solat, bukan waktu solat yang perlu mengikuti urusan dunia.

"Jika kamu menolong (agama) Allah, maka ia pasti akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad: 7)

"Sungguh Allah akan menolong orang yang menolong agamanya, sesungguhnya Allah Maha Kuat dan Maha Kuasa," (Surah Al-Hajj: 40)

Jumaat, 18 Oktober 2013

14 perkara dijaga untuk jadi wanita solehah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan di dunia ini. Untuk menjadi wanita solehah perlulah di jaga empat belas (14)  anggota tubuh dari pandangan bukan mahramnya. Jika seorang wanita gagal  menjaga perkara-perkara tersebut maka dia gagal digelar wanita solehah.

Semoga nota ini bermanfaat untuk semua muslimah yang ingin menutup aurat dengan sempurna.

Pertama : Mencukur bulu kening.

Jumhur ulama berpendapat, hukum mencabut atau mencukur bulu kening adalah haram.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Allah melaknat wanita yang mencukur atau mencabut bulu kening atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya, wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Itu perbuatan mengubah ciptaan Allah". (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua : Kaki (tumit kaki) jangan dihentak-hentakkan.(untuk mengambil perhatian)

Firman Allah SWT maksudnya : "Janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.."
(Surah an-Nur ayat 31)

Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan gelang kaki adalah sama seperi di zaman arab jahiliyah.

Ketiga : Berwangi-wangian.

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya .

Abu Musa meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Setiap mata itu berzina (apabila memandang dengan nafsu wanita yang asing). Dan seorang wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melalui sesuatu majlis, maka ia adalah demikian, demikian...(penzina)" (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Nabi SAW  bersabda maksudnya : "Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut)." (Hadis Sahih Riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)

Keempat : Menunjukkan dada.

Wanita yang memakai tudung tetapi membuka dada atau menampakkan leher mereka adalah wanita yang mempermain-mainkan hukum Allah SWT. Memakai tudung biarlah sempurna hingga menutup leher dan dada (tertutup perhiasan di dadanya)  supaya tidak menjadi tatapan lelaki yang bukan mahram.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir (muka dan tapak tangan) daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka." (Surah an-Nur ayat 31)

Kelima : Mengikir/ mengasah gigi.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Allah melaknat wanita yang mencukur atau mencabut bulu kening atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya, wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Itu perbuatan mengubah ciptaan Allah". (Hadis Riwayat Muslim)

Rasululullah SAW  melarang dan melaknat wanita yg mengikir giginya atau menjarangkan giginya untuk kecantikan. Sebagaimana hadis Nabi SAW maksudnya  " Rasulullah melaknat wanita yang menjarangkan giginya untuk kecantikan." (Hadis Riwayat  Bukhari)

Keenam : Bersolek (make-up) di muka .

Firman Allah SWT maksudnya : "Hendaklah kaum wanita tetap di rumah, dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku seperti orang-orang jahiliyah dahulu".(Surah al-Ahzab (59) ayat 33)

Kebanyakkan wanita sukar untuk meninggalkan bersolek (berbedak yang tebal), bergincu bibir dan bercelak apabila keluar rumah kerana sudah kebiasaan mengikut tren masyarakat. Sebenarnya wanita solehah tidak perlu terikut-ikut dengan amalan orang bukan Islam yang 'mewajibkan' bersolek dan bermake-up dengan tujuan supaya dipandang cantik, hakikat sebenarnya kecantikan seperti ini tidak perlu mengikut pandangan Islam. Memadailah dengan bedak yang tipis untuk menghilangkan kesan minyak dimuka.

Ketujuh : Memakai pakaian dan tudung yang tipis.

Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah SAW dengan memakai pakaian yang tipis.

Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah SAW  berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah SAW  lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (Hadis Riwayat Abu Dawud)

Kelapan : Bersentuhan Tangan

Rasulullah SAW tidak pernah memegang tangan seorang wanita pun, baginda membaiat mereka dengan ucapan. Aisyah melanjutkan, "Demi Allah, Rasulullah SAW tidak pernah mengambil sumpah kepada kaum wanita kecuali atas apa yang diperintahkan oleh Allah, dan baginda tidak pernah menyentuh telapak seorang wanita pun, apabila baginda membai'at mereka, baginda hanya mengucapkan; "Sesungguhnya saya telah membai'at kalian." (Hadis Riwayat Muslim hadis no. 3470)

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

لأن يطعن في رأس رجل بمخيط من حديد خير من أن يمس امرأة لا تحل له

Maksudnya : “Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani. Dinilai sahih oleh al-Mundziri, al-Haitsami, dan al-Albani)

Syaikh al-Albani rahimahullah berkata, “Pada hadis ini terdapat ancaman yang keras (tegas) kepada sesiapa sahaja yang menyentuh wanita ajnabiyah (yang bukan mahram). Padanya juga terdapat dalil atas haramnya bersalaman (mushofahah) dengan wanita. Sebab itu, tidak diragukan bahawa bersalaman itu mengandungi unsur bersentuhan. Pada masa ini, umat Islam banyak diuji dengan situasi ini, dan di antara mereka adalah dari kalangan ahli ilmu. Sekiranya mereka mengingkari perkara tersebut dengan hati mereka, tentu ada sedikit kemudahan untuk menasihati mereka. Tetapi sayangnya, mereka menghalalkan perkara tersebut dengan pelbagai cara (jalan) dan takwilan (penafsiran).” (Rujuk: al-Albani, as-Silsilah ash-Shahihah, 1/225)

Kesembilan : Tidak menundukkan pandangan mata.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir (muka dan tapak tangan) daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka." (Surah an-Nur ayat 31)

Sabda Nabi Muhamad SAW maksudnya : "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram." (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

Kesepuluh : Tidak menjaga suara.

Firman Allah SWT maksudnya : "Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)." (Surah al-Ahzab ayat 32)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi" (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Mendengar wanita berbicara atau bersuara, tidaklah termasuk hal yang terlarang dalam Islam. Kecuali bila suara wanita itu dalam bentuk suara yang mendayu-dayu, mendesah atau dibuat sedemikian rupa sehingga membangkitkan nafsu berahi lelaki yang mendengarnya (seperti menyanyi dan bernasyid). Tentu saja para ulama sepakat untuk mengharamkannya. Namun bila dalam bentuk pembicaraan biasa saja di mana hal itu jauh dari fitnah dan urusan berahi, para ulama sepakat mengatakan bahawa mendengar suaranya tidak diharamkan.

Kesebelas : Kemaluan.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka."(Surah an-Nur ayat 31)

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar)

Dalam hadis yang lain, Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

Kedua belas : Pakaian ketat dan jarang.
Firman Allah SWT maksudnya : "Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." (Surah al-Ahzab ayat 59)

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibnu Majah.)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu adalah haram hukumnya.

Ketiga belas : Rambut di dedahkan.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. " (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keempat belas : Menampakkan kaki (tidak memakai stokin)

Firman Allah SWT maksudnya : "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Ahzab (33) ayat 59)

Berdasarkan ayat di atas jelaslah wanita wajib menutup seluruh tubuh ( termasuk kaki) dan yang dibenarkan buka adalah muka dan dua tapak tangan sahaja  sehingga pergelangannya.

Di zaman moden kini tak ramai yang mahu menutup aurat sepenuhnya seperti mana yang dilandaskan oleh syarak. Mungkin ada yang beranggapan kaki bukanlah suatu yang wajib ditutup kerana ia tidak mendatangkan syahwat kepada lelaki, namun tanggapan itu jelas salah. Ada juga yang mungkin tidak mengetahui bahawa pergelangan kaki adalah termasuk daripada aurat yang wajib ditutup wanita. Zaman kini wanita beranggapan bahawa pergelangan kaki bukan lagi satu aurat walhal dalam Al-Quran telah jelas menyuruh wanita menutup aurat sepenuhnya moga dengan itu mereka akan dianggap wanita yang baik-baik dan tidak akan diganggu.

Sahabat yang dikasihi,
Wahai sahabatku mukminah solehah yang bertakwa!
Jagalah aurat kalian yang merangkumi empat belas (14) perkara yang disebutkan di atas supaya kalian menjadi mukminah solehah yang diredai oleh Allah SWT.

Kecantikan wanita solehah bukan terletak pada wajah yang cantik semata-mata tetapi kecantikannya adalah terletak pada akhlak, keperibadian, percakapan , pergaulan dan pakaian menutup aurat yang dipakainya. Kesemuanya perlu bersepadu dan akan menaikkan maqamnya di sisi Allah SWT iaitu perhiasan yang terbaik di dunia dan tidak ada balasan yang lebih baik untuknya melainkan syurga
.

Rabu, 4 September 2013

Pisang dan Hati


Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
 
“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.
Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
 
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
 
“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg kesana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu”beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supayamembuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci…!

Teka-Teki Gelak Ketawa


1. "Kenapa lelaki perlu beristeri tiga... ."
Jawapannya kerana :
kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI... ..

2. SENYUM pada orang tua tanda sayang.
SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih.
SENYUM pada kekasih tanda cinta.
SENYUM depan telefon tanda gila,
masih SENYUM lagi... memang sah GILA!

3. " Manusia jatuh CinTa??Tak heran... "
Kuda makan RuMpuT?? Tak aneh...
MONYET pandai picit TETIKUS?? HEBAT!!!! ( MOUSE )
MASIH PICIT??
LUAR BIASA!!!!

4. "Cinta..ibarat kentut... "
makin dipendam makin gelisah...
bila di lepaskan ... ... .
ahhhhhhh lega rasanya... ... .

5.Aku terpaku dek renungan matamu,
hatiku tertanya-tanya, BENARKAH ini?
nafas ku tertahan, kau tunduk SEGAN..
lalu ku bertanya, "kau..kentutkan?"

6. "... bila hidupmu dlm kegelapan, "
maka berdoalah; dan apabila selesai berdoa, jika kegelapan masih mengelilingimu maka bayarlah bil letrik yang tertunggak tu!!


Zorro, Robin Hood Dan Orang Asli


Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik.

Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit... "I AM ZORRO... .."

Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu. Dengan bangganye jugak... . si Robin Hood kata... "I AM ROBIN HOOD..."

Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu.

Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP... ... ... ... .!!!! PPRRAAPP.

Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata...
"I AM SORRY... .!!"

PESAN IMAM AL-GHAZALI

Imam Ghazali:
Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar.
Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali:
 Apa yang paling besar di dunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi

Imam Ghazali:
 Semua jawaban itu benar,
tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Imam Ghazali: Apa yang paling berat di dunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar,
tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali:
 Semua jawaban kamu itu benar,
tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. 
Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

TIPS PENJAGAAN KENDERAAN..... Anda mampu lakukannya sendiri, MARI BERKONGSI PENGETAHUAN...

Ader sape-sape pernah pasang benda ni kat arm belakang kereta?



Ramai pomen yang bertauliah tidak menyarankan memasang alat pada bahagian ini kerana sekiranya kenderaan anda di pandu di jalan tak rata atau berliku-liku pemasangan braket pada bahagian arm tersebut akan menyebabkan chamber di gandar tayar belakang akan terjejas yang mana menyebabkan bunga tayar cepat haus malah untuk jangka masa panjang ianya akan memendekkan jangkahayat arm gandar belakang berkenaan.


Untuk alternatif sebenar anda boleh pasang stabilizer bar seperti di bawah ini baru berfungsi menstabilkan kenderaan di jalan berliku, Lower Bar seperti di atas hanya untuk kegunaan Drag Race sahaja (jalan lurus).   


Punca minyak hitam berkurangan


Minyak hitam akan berkurang disebabkan oleh beberapa sebab yang kadangkala tidak diambil peduli oleh kebanyakan pengguna kereta.
Antaranya:
Minyak hitam terbakar di dalam kebuk silinder bersama-sama petrol.Ini disebabkan 'ring' piston yang berfungsi menghalang minyak hitam masuk ke ruang pembakaran sudah haus atau mengalami regangan yang berlebihan menyebabkan wujud ruang di antara piston dan dinding silinder blok. Keadaan itu menyebabkan minyak hitam memasuki kebuk pembakaran dan terbakar bersama-sama petrol/diesel.
Tanda yang dapat dilihat adalah asap yang keluar akan menjadi berwarna kebiruan dan berbau minyak hitam. Lama-kelamaan minyak hitam didalam enjin akan berkurangan. Keadaan ini sebenarnya perkara yang pasti akan berlaku kepada semua jenis enjin bersilinder. Tetapi jangkamasa yang ia pasti akan berlaku biasanya sehingga 10 tahun atau lebih.

Faktor yang mempercepatkan perkara ini berlaku adalah seperti penukaran sistem pengeluaran gas ekzos (penggunaan ekstraktor) kepada bukan standard, penggunaan minyak hitam yang tidak mematuhi specifikasi yang diberikan pengeluar, tidak menukar minyak hitam mengikut jangkamasa yang ditetapkan pengeluar, tidak menukar penapis minyak seperti yang disyorkan pengeluar, penggunaan minyak hitam yang tidak mencukupi, pemanduan yang terlalu agressive (selalu buat spin wheel) dan untuk enjin turbo; tidak memberi masa kepada suhu
Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku dengan cepat, tukar minyak hitam mengikut jadual bersama-sama penapis minyak yang disyorkan pengeluar. Sekiranya boleh, masukkan sedikit enjin treatment setiap 7 atau 8 kali menukar minyak hitam, pasang turbo timer (untuk enjin turbo), panaskan enjin sebelum memulakan perjalanan, elakkan spin wheel atau pemanduan aggresive, gunakan kebuk pelepasan asap eksoz standard.

Jika keadaan ini sudah berlaku, apa yang boleh dibuat cuma menambahkan minyak hitam setiap kali berkurangan dan kalau keadaan tidak begitu serius mungkin dengan penambahan enjin treatment (yang mengandungi plumbum) dapat membantu menutup ruang antara piston dan dinding silinder. Jalan terakhir terpaksalah tukar piston ring baru atau kalau silinder dah 'makan', terpaksa tukar piston dengan ringnyasekali dan rebor silinder.

Sebab lain, jika kita dapati setiap pagi ada minyak hitam di atas lantai bawah kereta kita, ini bermakna ada kebocoran di enjin kereta kita. Kita tidak akan dapat memastikan perkara itu dengan hanya menjenguk ke bawah enjin. Perkara pertama yang perlu kita buat, pergi ke kedai mencuci enjin, cuci semua bahagian bawah enjin dengan menggunakan sejenis chemical sehingga betul-betul bersih, kemudian gunakan kereta seperti biasa.
Selepas sehari, pergi ke bengkel dan angkat kereta, kita akan dapat lihat di mana kebocoran itu berlaku. Biasanya ada tiga tempat di mana kebocoran berlaku.

Pertama ialah di penyambung drive shaft.

Kedua, di
Jika minyak hitam kita berkurangan tetapi tiada kebocoran dan tiada pelepasan asap kebiruan, cuba periksa air di radiator. Jika airnya berminyak, ini bermakna terdapat kebocoran dalaman enjin yang menyebabkan minyak hitam masuk ke dalam saluran air penyejuk.
Keadaan ini sangat kritikal dan memerlukan enjin di angkat dan ditukar gasket yang terbabit. Keadaan ini berlaku kerana enjin terlalu panas dan sistem penyejukan enjin tidak dapat berfungsi dengan baik.
Minyak hitam berkurangan juga boleh disebabkan minyak hitam menjadi berketul-ketul dan menjadi padat dan likat. Ini biasanya berlaku bila air bercampur dengan minyak atau penggunaan oil treatment yang tidak sesuai. Keadaan ini juga boleh berlaku jika kita tidak menukar minyak hitam mengikut jadual. Jika ini berlaku, minyak enjin perlu diganti dan enjin perlu di flush dengan menggunakan engine flush chemical (tidak digalakkan kerana akan merosakkan gasket dan oil seal).
Kadangkala minyak hitam akan berkurangan jika kita selalu memandu pada kelajuan tinggi (melebihi 120 km/j selama lebih 30 minit). Ini kerana minyak enjin terkeluar melalui bahagian atas penutup enjin atau top cover enjin. Biasanya ini tidak membabitkan apa-apa kerosakan, cuma jika kita ingin
minyak hitam turun kepada normal operating temparature (tak pasang turbo timer).penyambung gear box dan ketiga, di oil sum gasket. Keadaan ini tidak berapa kritikal berbanding dengan keadaan satu di atas dan kita cuma perlu membaikinya jika kita terpaksa menukar clucth plate, timing belt, drive shaft atau peralatan yang lebih major. Keadaan ini berlaku kerana penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai, enjin terlalu panas, ketika menukar peralatan yang berkaitan, oil seal tidak ditukar bersama (seperti timing belt, jika ditukar, eloklah ditukar sekali kesemua oil seal kerana jika bocor, minyak akan terkena belt dan bila-bila masa belt akan putus) memandu pada kelajuan tinggi, pastikan kita menukar penutup minyak enjin kepada yang lebih tahan tekanan tinggi (macam enjin turbo).


Menservis kereta anda 
Kereta yang kalau diselenggara dengan sempurna adalah kereta yang selamat untuk dipandu sebab dier punya kerosakan teknikal jarang berlaku. Selain tu dier juga buleh menjimatkan minyak dan harga jualan balik pun leh jadi tinggi sket kalau nak jual. Keto yang diselenggara dengan baik biasanya buleh start tak kira ler hujan atau panas. Pastikan kereta di"tune" dengan betul, spark plug punyer api power lagi, minyak enjin serta penapis udara tu kena bersih. Penapis Udara yang berhabuk serta berminyak mengurangkan efficiency keto anda dan buleh mencemarkan udara plak sebab asap kuar hitam. Sebuah kereta buleh bertahan lebih daripada 20 tahun andainya anda mengambil langkah-langkah penjagaan yang sewajarnya. 

• Periksa tekanan angin tayar dan check kerosakan pada tayar dengan kerap. Tukar tayar jika ada benjol, dinding koyak, kelihatan benang tayar, atau lubang yang agak besar atau dalam. 
• Periksa semua lampu sama ada menyala atau tidak, tukar mentol yang terbakar. 
• Periksa pengilap cermin berfungsi dengan baik dan "blade" getahnya masih elok. Kalau tak elok, kasi tukar la, itu pun mau cakap ka..haiyaaa!! 
• Periksa, tambah atau tukar bila perlu minyak pelincir, penapis minyak, air dalam radiator serta coolantnya, air dalam bekas washer tingkap winshield dan juga air bateri. 
• Periksa setiap hos samada ada kerekahan especially pada hos radiator 
• Periksa setiap belt samada dah crack pecah-pecah atau masih elok especially timing belt. 
• Periksa sistem ekzos anda samada ader lubang atau pecah jika ekzos anda bunyi macam ekzos buluh atau bergegar. 

Korang dicadangkan menyelenggarakan keto anda tu mengikut jadual dan dibawah adalah senarai alatan penting pada keto anda yang patut di periksa dan diselenggarakan. 
• Timing belts 
• Cecair Coolant enjin serta sambungannya pada hos 
• Salur hidraulik atau kabel brek serta sistem breknya 
• Bateri keto serta terminalnya 
• Minyak gear 
• Saluran petrol 
• Valve 
• Sistem Suspension, struts serta penyerap hentak (Absorber) 
• Sistem Ekzos 
• Wayar Ignition 
• Sistem steering 
• Kipas radiator serta air-cond 
• Tayar keto 

Apabila servis tuh, elok menggantikan peralatan berikut beb. 
• Minyak enjin serta penapis minyaknya sekali 
• Palam pencucuh 
• Penapis Udara 
• Gasket valve 
• Minyak gear, minyak brek dan aper sajer jenis minyak yang ader 

FUSE 
Fuse keto biasanya terletak dalam satu panel di dalam boot hadapan keto anda atau pun berada dibawah steering kereta pada kebanyakan keto. Keto sorong takde ler. Periksa semua fuse sama ada masih elok atau pun dah terbakar. Gantikan fuse yang terbakar tu dengan yang baru dan jangan lupa simpan fuse lebihan sekurang-kurangnya 1 dari setiap jenisnya. Apabila menggantikan fuse, selalulah menggantikannya dengan fuse sama amp nyer. Jika anda menggunakan fuse yang lebih tinggi dari sepatutnya buleh menyebabkan kerosakan alat elektrik kereta anda kerana fuse yang sepatutnya terbakar tu masih lagi elok dibawah bebanan tinggi. Jika fuse yang betul dimasukkan dan fuse masih terus terbakar, ini bermakna ader masalah dalam litar elektrik tersebut, boleh jadi short circuit la tuh. 

MINYAK ENJIN 
Adalah penting supaya minyak enjin berada pada paras yang betul. Periksa paras minyak enjin kereta anda selalu supaya tidak berada dibawah paras minimum. Masa terbaik untuk check adalah selepas kenderaan tersebut tidak berjalan atau di hidupkan enjinnya semalaman. Semasa check tu, adalah lebih elok kalau keto tu berada atas tanah yang rata sebab bacaan anda nanti adalah lebih tepat. Anda cuma perlu tambah minyak pelincir tambahan apabila deepstick menunjukkan minyak di paras MIN. Disarankan setiap pemilik keto supaya menukar minyak enjin keto setiap 5,000km atau pun 3 bulan yang mana terdahulu. Penapis minyak juga wajib ditukar apabila penukaran minyak enjin dibuat. 

PENAPIS UDARA 
Jika anda memandu dalam keadaan biasa, elok ler kalau check keadaan penapis udara keto anda dalam sebulan sekali. Tapi kalau korang bawak selalu bawak dalam keadaan yang extremely berhabuk, disarankan supaya tukar atau bersihkan oil filter tu setiap 2,000km. Sekarang nie ramai yang suka pakai re-useable filter yang tahan lebih lama dan boleh dicuci semula, so yang nie cuma perhatikan tahap kebersihan filter tersebut dan bersihkan apabila perlu. 

SISTEM PENYEJUK 
Air dalam radiator boleh diperiksa lebih kurang 6 bulan sekali. Jika didapati air bersama bahan coolant di dalam radiator berkarat, isi kandungan radiator harus dibuang, dibilas beberapa kali dengan air bersih, kemudian diisi semula dengan air bersih dengan bahan coolant yang baru. Perhatikan juga sirip radiator supaya tiada bahan-bahan asing seperti daun, serangga, batu kecil, tanah atau apr sajer tidak tersangkut pada sirip tersebut. Jika sirip tersebut kotor, anda cuma perlu membersihkannya dengan menyembur air tekanan rendah dari hos paip rumah anda. Periksa bahagian reserve tank untuk coolant samada perlu diisi semula dengan coolant tambahan atau tidak. 

BRAKE 
Brek adalah alat yang penting giler dalam keto anda. Adalah tersangat penting giler brake pad atau brake shoe yang dah haus diganti dengan yang baru. Periksa juga salur hidraulik brek kalau ader crack atau longgar kat mana-mana part yang buleh menjejaskan prestasi berhenti ketika membrek. 


SEBAGAI PANDUAN BERSAMA
JADUAL SERVIS KERETA DISYORKAN OLEH
PROTON SERVIS
Odometer (KM x 1000)
01
05
10
15
20
25
30
35
40
45
50
55
60
65
70
75
80
85
90
95
100
Tempoh Bulan
1
3
6
9
10
15
18
21
24
27
30
33
36
39
42
45
48
51
54
57
60
Engine Oil
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
Oil Filter
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
Transmission Oil/ Automatic






G





G





G


Auto Transmission Filter






G





G





G


Spark Plug


G

G

G

G

G

G

G

G

G

G
Air Filter




G



G



G



G



G
Fuel Filter






G





G





G


Tune-up Engine
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
Valve Tappet Clearance


P

P

P

P

P

P

P

P

P

P
Radiator Coolant
B
B
B
B
G
B
B
B
G
B
B
B
G
B
B
B
G
B
B
B
G
Timing Belt & Bearing












G








Balancer Belt & Bearing












G








Belt-A/Cond, P/Steering & Alternator
P
P
P
P
P
P
P
P
G
P
P
P
P
P
P
P
G
P
P
P
P
Battery Electrolyte Level
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
Fluid- Brake, Clutch & P/Steering
P
P
P
P
P
P
G
P
P
P
P
P
G
P
P
P
P
P
G
P
P
Clutch Pedal/ Bearing Free Play
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
Brake Pedal Free Play
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
Hand Brake Travel
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
Brake Pad & Brake Shoe


S

S

S

S

S

S

S

S

S

S
Suspension & Undercarriage Bolt
K

K

K

K

K

K

K

K

K

K

K
Steering Linkage & Joint


P

P

P

P

P

P

P

P

P

P
Driveshaft & Bellow


P

P

P

P

P

P

P

P

P

P
Tie Rod End & Bellow


P

P

P

P

P

P

P

P

P

P
Suspension ARM Ball Joint


P

P

P

P

P

P

P

P

P

P
Air Conditioner System






S





S





S



G
Ganti
A
Adjust
S
Servis
B
pembersihan
K
Ketatkan
P
Pemeriksaan


MANAKAH KENDERAAN BERIKUT PALING JIMAT
MARI BERKONGSI PENDAPAT DAN PANDANGAN ANDA TENTANG PENGGUNAAN MINYAK PETROL KENDERAAN YANG ANDA GUNAKAN SENDIRI...

JENIS MODEL
CC
Km / Liter Fuel Consumption
PERODUA


Kancil
660
13.5
Kancil
850
14
Kelisa
1000 (A)
14.3
Kelisa
1000
15.6
Kembara DVVT
1.3
15.7
Kembara DVVT
1.3 (A)
9
Viva
660
18
Viva
850
17
Viva
1000
17.5
Viva
1000 (A)
15.1
Myvi
1.3
16
Myvi
1.3 (A)
13.5






PROTON


Saga
1.3
13.5
Saga BLM
1.33
13
Waja Campro
1.6 (A)
15.3
Waja Campro
1.6
16
Waja Campro CPS
1.6
14.7
Waja Campro CPS
1.6 (A)
13.1



Iswara
1.5
11.8
Iswara
1.3
13.5
Gen 2 Campro
1.6 (A)
16.1
Gen 2 Campro
1.6
17.2
Persona
1.6
13.2
Savvy
1.2 (AMT)
15.3
Satria Neo
1.3 (A)
14.7
Satria Neo
1.6 (A)
14.4
Satria Neo
1.6
16.6
Wira
1.3
13.5
Wira
1.5
11.8
Perdana V6
2.0 (A)
13.3



Toyota RAV4
2.4
8.9
Toyota Corolla Altis
1.6
10
Toyota Camry
2.0
10.2
Toyota Alphard
2.4
8
Hyundai Sonata
2.0
10.5
Hyundai Accent
1.4
13.9
Toyota Vios
1.5
10.5
Toyota Hilux (Turbo)
2.5
11.2
Toyota Innova
2.0
9
Naza Citra
2.5
7.5
Naza Ria
2.5
7.5
Inokom Gets
1.4
11
Inokom Matrix
1.8
8
Inokom Matrix
1.6
10.7
Inokom Atoz
1.1
10
Honda Civic i-Vtec
2.0
10
Accord
2.0
9
Odyssey
2.4
10.5
Odyssey 4WD
2.4
9
Civic i-VTi
1.8
12
Civic i-VTi
1.6
12.8
City i-DSi
1.5
13.6
City i-Vtec
1.5
16
CRV i-Vtec
2.0
8.9
Jazz
1.4
14
S 2000
2.0
9
Mitsubishi Lancer GLX
1.6
12.7
Mitsubishi Lancer EVO
2.0 (T)
7.5




P/S: NILAI JARAK YANG DI LAMPIRKAN ADALAH DARI KOMEN OLEH PENGGUNA MODEL-MODEL YANG BERKENAAN YANG CUBA SAYA KUMPULKAN DARI BEBERAPA LAMAN BLOG MENGENAI KENDERAAN IANYA BUKAN SPESIFIKASI STANDARD OLEH PENGILANG/ PENGELUAR.
PENGGUNAAN PETROL SETIAP  SATU LITER = (NILAI JARAK DALAM KILOMETER)
KADAR PENGGUNAAN PETROL ADALAH BERGANTUNG KEPADA BEBERAPA FAKTOR YANG SENTIASA BERUBAH SEPERTI
TABIAT PEMANDUAN,
BEBAN BARANG DAN PENUMPANG DALAM KENDERAAN,
TEKANAN ANGIN TAYAR DAN SAIZ TAYAR,
UMUR KENDERAAN,
KAEDAH PENJAGAAN DAN SERVIS MENGIKUT SPESIFIKASI PENGILANG,
RINTANGAN ANGIN DI JALANRAYA,
FAKTOR PEMILIHAN LALUAN BERBUKIT ATAU LALUAN RATA
CUACA, KELAJUAN PURATA KENDERAAN,
JENIS PENGUBAHSUAIAN PADA SISTEM ENJIN
KESESAKAN TRAFIK JUGA MENYEBABKAN PEMBAZIRAN PENGGUNAAN PETROL