Logo Design by FlamingText.com

Jumaat, 16 Ogos 2013

Budaya Couple di Malaysia

Meniti kehidupan remaja, saya mula mengenali perkataan ‘couple.’ Saya tidak terlibat tetapi di dalam hati menginginkannya apabila melihat teman-teman yang lain mempunyai pasangan. Ketika itu siapa yang mempunyai couple dianggap hebat (kerana ada peminat) dan matang (kerana telah meluaskan pergaulan bukan sekadar dengan rakan sejantina).
Saya bukan seorang yang sangat pemalu atau pendiam tetapi apabila berhadapan dengan lelaki dalam lingkungan umur saya terutama lelaki yang saya tertarik padanya, serta merta sifat malu saya sangat menebal. Lidah saya menjadi kelu, tingkah laku menjadi tidak menentu dan akhirnya keadaan menjadi sangat janggal dan mungkin itu menyebabkan lelaki-lelaki yang ingin mendekati akhirnya membatalkan niat. Mungkin mereka menganggap saya pelik.
Melangkah ke alam universiti, teman yang dulu sama-sama tidak pernah bercouple akhirnya bercouple juga. Saya ingat lagi kata-kata teman baik saya apabila saya bertanya, “seronok ke couple ni?”
Dia menjawab, “tak best pun, buat tambah dosa adalah.”
Pelik juga saya mendengar kerana di zaman sekolah dulu kami pernah sama-sama menyimpan angan-angan untuk bercouple. Apabila dia yang terlebih dahulu bercouple, saya menganggap yang dia sudah terlebih dahulu matang daripada saya.
Teman baik saya yang pernah menyatakan ‘tak best pun couple, buat tambah dosa aja’- kini dialah yang paling galak bercouple. Selepas putus dengan seorang dia menyambung hubungan dengan seorang lagi. Dia sendiri mengaku yang dia tidak boleh ‘single.’ Alasan diberi setiap kali saya menegur, dia perlukan seseorang yang sentiasa ada setiap masa untuk mendengar ceritanya sehari-hari, dia perlukan telefon yang sentiasa berbunyi 24 jam (sindrome ketika bercinta), dia perlukan teman yang setia menemaninya ke sana ke mari. Jika itu semua tiada, hidupnya terasa kosong. Kadang kala kasihan pula saya melihat dia sibuk mengejar cinta lelaki-lelaki ini. Sudahlah masa terbuang, wang ringgit juga turut terkorban dengan aktiviti ‘dating.’ Itu belum lagi termasuk beberapa siri ‘heartbroken’ apabila beberapa kali dia dikecewakan cinta lelaki.
Bagi saya, Allah telah memberikan petunjuk kepada teman saya sejak awal lagi dengan mengurniakan rasa ‘bersalah apabila bercouple.’ Tetapi apabila dia tidak mengendahkan rasa itu, akhirnya rasa itu akan lenyap dan pada akhirnya dia menjadi seperti seorang penagih yang ketagih pada perhatian lelaki yang bergelar kekasih.
Kini, saya mula berfikir alangkah baiknya saya mempunyai sifat malu yang sangat tinggi pada jantina berlainan (sifat itu masih kekal hingga kini). Ketika orang lain bangga bercouple, saya bangga menyatakan saya tidak pernah bercouple, malah saya tiada kawan lelaki, hanya kenalan lelaki saja. Jika dulu saya rasa sifat malu ini adalah kelamahan saya, kini saya tahu itu adalah kekuatan saya. Syukur tidak terhingga saya panjatkan kerana Allah mengurniakan sifat malu sebagai perisai diri saya.
“Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: ‘Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu.” - (HR Bukhari)
Kita sering mendengar di barat, mereka yang tidak pernah melakukan hubungan seks sebelum berkahwin dianggap kolot. Seks bagi mereka adalah sesuatu yang lumrah, suatu keperluan tidak kira sama ada di dalam lingkaran perkahwinan atau tidak.
Kita di Malaysia pula, sesiapa yang tidak pernah bercouple dikatakan kolot. Couple bagi kita adalah sesuatu yang lumrah, suatu keperluan untuk mengenali seseorang sebelum berkahwin. Bagi remaja yang belum terfikir pun untuk berkahwin, couple adalah untuk memenuhi naluri yang sentiasa ingin menyayangi dan disayangi oleh jantina berlainan tidak kira sama ada di dalam lingkaran perkahwinan atau tidak.
Dalam hati saya terdetik apakah kita satu langkah ke belakang saja sebelum menjadi seperti mereka di barat? Apabila couple tidak lagi dianggap satu kesalahan, mungkinkah suatu hari nanti seks sebelum berkahwin juga akan dianggap sesuatu yang lumrah bagi kita di sini?
Jangan menganggap sesuatu perkara itu betul hanya kerana orang di sekeliling kita melakukannya, kerana cerita di televisyen memaparkannya, kerana novel-novel cinta mengungkapkannya, kerana orang-orang yang kita sanjung melakukannya, kerana ibu bapa membenarkannya. KPI kita bukan manusia tetapi ALLAH swt. Kejar cinta Alllah dahulu sebelum kita mengejar cinta manusia. Isikan hati yang kosong dengan Allah, nescaya Allah tidak akan pernah mengecewakan kita berbanding dengan manusia yang serba lemah.
Semoga Allah terus memperteguhkan hati saya dan hati mereka-mereka yang tidak pernah bercopule untuk terus menjaga diri, menjaga hati sebelum sampai jodoh yang telah ditetapkanNya. Semoga mereka yang masih lagi leka dengan dunia couple mendapat hidayah untuk berhenti melakukan perkara yang kita rasakan dapat mengeratkan hubungan kita dengan kekasih hati kita (keluar berdua-dua setiap hari, berbual di telefon setiap malam, berjanji bulan dan bintang, makan bersuap, jalan berpegangan), tetapi tanpa kita sedar semakin menjauhkan diri kita denganNya sedangkan kasih Ilahi lah kasih yang paling utama.

Wanita Dari Rusuk Lelaki

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah.Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.
Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau ‘women gladiator’. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan “wan-wan” yang lain. Tidak akan lahir ‘superman’ tanpa ‘superwoman’.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan ‘secretary’, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.
Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.
Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali.

Nabi Sedih Umat Cuai Solat

Ketahuilah bahawa bencana dahsyat, perbuatan yang paling buruk, dan aib adalah berpunca daripada kurangnya perhatian masyarakat terhadap mengerjakan ibadah solat lima waktu, solat Jumaat, solat jemaah dan solat sunat yang lainnya.
Pada hal semua itu adalah ibadah yang dengannya Allah SWT meninggikan darjat dan menghapuskan dosa maksiat seseorang. Ibadah solat adalah cara ibadah seluruh penghuni langit dan bumi.
Cuai kerana urusan dunia
Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Langit merintih dan memang ia patut merintih, kerana pada setiap tempat untuk berpijak terdapat malaikat yang bersujud atau berdiri (solat) kepada Allah Azzawajalla.”(Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)
Orang yang meninggalkan ibadah solat kerana cuai oleh urusan dunia akan malang nasibnya, berat seksaannya, rugi perdagangannya, besar musibahnya, dan panjang penyesalannya. Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya bagi orang yang beriman.”(An-Nisa : 103)
Abu Hurairah RA meriwayatkan: “Selepas Isyak aku bersama Umar bin Khattab ra pergi ke rumah Abu Bakar as-Siddiq untuk suatu keperluan. Sewaktu melalui pintu rumah Rasulullah SAW, kami mendengar suara rintihan. Kami pun berhenti sejenak. Kami dengar beliau menangis dan meratap: “Ah…andaikan saja aku dapat hidup terus untuk melihat apa yang diperbuat oleh umatku terhadap solat. Ah…aku sungguh menyesali umatku.”
Rasulullah menangis
Wahai Abu Hurairah, mari kita ketuk pintu ini,” kata Umar dan kemudian mengetuk pintu. “Siapa?” tanya Aisyah. “Aku bersama Abu Hurairah.” Kami meminta izin untuk masuk dan beliau mengizinkannya. Setelah masuk, kami lihat Rasulullah SAW sedang bersujud dan menangis sedih, beliau berkata dalam sujudnya: “Wahai Tuhanku, Engkau adalah pengawalku bagi umatku, maka perlakukanlah mereka sesuai dengan sifat-sifat-Mu dan jangan perlakukan mereka sesuai perbuatan mereka.”
“Ya Rasulullah, ayah dan ibuku menjadi tebusanmu. Apa gerangan yang terjadi, mengapa engkau begitu sedih?”
“Wahai Umar, dalam perjalananku ke rumah Aisyah selepas mengerjakan solat di masjid, Jibril mendatangiku dan berkata: “Wahai Muhammad, Allah Yang Maha Benar mengucapkan salam kepadamu, kemudian ia berkata, bacalah.” “Apa yang harus kubaca?” “Bacalah firman Allah yang bermaksud: “Maka datanglah sesudah mereka pengganti (yang buruk) yang mensia-siakan solat dan menurutkan hawa nafsunya, mereka kelak akan menemui kesesatan.” (Maryam : 59).
“Wahai Jibril, apakah sepeninggalanku nanti umatku akan mencuaikan solat?”
“Benar, wahai Muhammad, kelak di akhir zaman akan datang sekelompok manusia daripada umatmu yang mencuaikan solat, mengakhirkan solat (hingga keluar dari waktunya), dan
 menurutkan hawa nafsu. Bagi mereka satu dinar lebih berharga daripada solat.” (Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Umar).
Abu Darda’ berkata: “Hamba Allah yang terbaik adalah yang memperhatikan matahari, bulan dan awan untuk berzikir kepada Allah, yakni untuk mengerjakan solat.” Diriwatkan pula bahawa amal yang pertama kali diperhatikan oleh Allah ialah solat. Jika solat seseorang cacat, maka semua amalnya akan ditolak.
Perintah ahli keluarga bersolat
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Wahai Abu Hurairah, perintahkanlah keluargamuuntuk solat, kerana Allah akan memberimu rezeki dari arah yang tidak pernah kamu duga.”
“Barang siapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka ia telah kafir.” (Riwayat al-Bazzar dari Abu Darda’). Sabda Rasulullah SAW lagi bermaksud: “Barang siapa bertemu Allah sedang ia mencuaikan solat, maka Allah sama sekali tidak akan mempedulikannya.”(Riwayat Tabarani).

Suami Jambatan Ke Syurga

Ayam sudah mula berkokok, mengerakkan hening pagi yang lama membisu. Si suami bangun lalu mengerakkan isterinya.
“Sayang, bangun sayang…dah subuh..kita solat sama-sama jom…”
Si suami berjalan meninggalkan isterinya yg masih terpingga-pinga, masih dibuai mimpi nan indah. Berjalan si suami menuju ke bilik para malaikatnya.
Tombol dipusingkan. Melihat malaikat dan bidadarinya sedang enak tidur, hatinya berat untuk menganggu tidur anaknya itu, tapi mengingatkan pada perintah Tuhannya, dia berjalan pergi pada anak-anaknya. Di usap kepala mereka yg kecil itu. Lalu hatinya berdesis, “nak…besar nanti jadi anak soleh ya… abi dan umi sayang kamu.”
Perlahan-lahan tangan yang kasar itu mengerakkan anak-anak kecil itu. “dah subuh nak….bangun nak…pergi ambil wuduk, kita solat sama-sama. abi tunggu kat luar.”
Bangun anak-anak yang kecil itu meninggalkan selimut mereka. Berjalan separuh sedar menuju ke tandas dan membasuh muka. Mengambil wuduk. persiapkan diri untuk mengikut perbuatan abinya nanti. solat.
Suara yang garau itu dilaungkan ‘Allahuakhbar..’ tangan diangkat, dibawa keduanya ke atas perutnya. Seperti orang yang telah mati diletakkan tangannya.
‘Assalamualaikum wbt….Assalamualaikum wbt….’ tapak tangan mengusapi muka hamba yang berdosa.
Anak kecil lantas terus mengikutinya tanpa sebarang soal. Akalnya masih belum benar mengerti apa yang dilakukan oleh abinya. Cuma diberitahu kita sedang solat. menyembah Tuhan kita, Allah taala.
Tangan diangkat dan dirapatkan, anak kecil cuma mengikut gerakgeri abinya. Si isteri tersenyum manja melihat kedua anak kecilnya itu.
” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu.
Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku.
Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “
Si isteri merasa sayu..hatinya sayu mendengar luahan doa dari seorang hamba yang cintakan Tuhannya, yang merintih kepada-Nya. Hatinya seperti disirami kasturi dari syurga. Setiap patah yang dilafazkan menusuk ke jiwa sanubarinya. Air matanya tertahan untuk tidak gugur lagi.
“Aku syukur Ya Tuhan, Engkau kurniakan aku seorang isteri yg solehah buat diriku ini.. Aku syukur Ya Tuhan, Engkau berikan seorang ibu yang baik buat anak-anakku ini…
Aku syukur Ya Tuhan, dialah yang akan bersamaku, susah dan senang, untuk kami terus berjalan ke syurgaMu.
Kau eratkanlah kasih sayang antara kami, suami dan isteri, ibubapa dan anak-anak. kurniakanlah kami cinta untuk kami saling berkasih sayang keranaMu.
Ya Tuhan, suatu hari nanti aku pasti akan pergi. pergi meninggalkan dunia yang fana ini. meninggalkan isteri dan anak-anakku. Engkau peliharalah mereka Ya Tuhan! Engkau lindungilah mereka dari menjadi bahan bakar api nerakaMu. Sesungguhnya aku takut untuk itu Ya Tuhan… Ampunkanlah kelalaian diriku selama ini.”
Air mata dari seorg hamba jatuh berderai membasahi bumi. Titisan-titisan taubat dan kecintaan mula luruh. Isterinya sudah tidak tertanggung…pipinya sudah disirami dengan air mata keinsafan. Munajat seorang hamba.
Doa diaminkan…
Suami memandang ke belakang. Entah apa yang dicari. Dia bangun mengorek langkah mendapatkan isterinya, merangkul anak-anak kecilnya.
Tangan isteri dipgg erat. “Sayang…bantu abg untuk bawa keluarga kita ke syurga.”
Tiada kata diucapkan lagi dari bibir si isteri. Air matanya masih belum mahu berhenti mengalir. Cuma anggukkan kecil dibuat. Sambil melihat wajah seorang suami dan ayah pada anak-anak mereka.
~tamat…~

Teka-Teki

S. seekor burung sedang terbang lalu terserempak dgn sebuah kapal terbang di udara. Tiba2 burung itu jatuh ke bawah. Kenapa?
J. burung sedang tutup telinganya

S. pokoknya di atas bukit daunnya di dlm air. Apakah dia?
J. daun teh

S. kalau manusia jadi ikan, apakah yg akan terjadi kpd ikan?
J. ikan jadi banyak sebab manusia x makan

S. Bas Parkmay sedang bergerak ke Seremban dgn membawa sorang datuk, seorang wanita dan seorang pelajar. Tiba di Seremban, siapakan yg turun dulu?
J. meter bas

S. ikan apa yg sentiasa sejuk?
J. ikan jaket (gelaran utk ikan cencaru

S. Amin dan Aminah mendapat anak. Kenapa mereka menamakan anak mereka Afifah ?
J. kerana anak itu perempuan

S. buah apa yg kita langkah dulu sebelum makan ?
J. buah dam

S. dlm banyak2 haiwan, haiwan apa yg x pernah duduk ?
J. Ikan

S. lepas satu hilang, satu lagi hilang. Akhirnya tinggal ibu yg malang. Apakah itu?
J. Mancis

S. andaikan anda seorang konduktor bas. Bas itu pergi ke satu stesen, 5 org diambil. Di stesen kedua, 2 org turun dan 7 org naik.di stesen ketiga, 3 org turun dan 8 org naik. Soalannya, berapakah umur konduktor bas itu ?
J. umur anda

S. emak anas ada 5 org anak. Abu, Ali, Ahmad, dan Azizi. Siapakah anak kelima?
J. Anas

S. apakah solat yg ada 3 tahiyat?
J. solat maghrib masbuk

S. bagaimana utk naik haji jika x ade duit?
J. main dam haji

S. apakah tempat yg terkecil di dunia? 14. setapak

J. dlm banyak2 bola, bola apa yg pemainnya hormat? 15. bola gol

S. Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
J. Penguin

S: Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?
J. PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah.

S: Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?
J. Stokin tu basah lah….

S: Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?
J: Telur

S: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.
J: Kuih Donut

S: Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?
J: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu)

S: Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?
J: Pengail yang dapat ikan.

S: Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?
J: Aku berjalan secara mengundur!

S: Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang?
J: Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput.

S: Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?
J: Spedometer bas lah…

S: Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
J: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.

S: Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ?
J: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!

S: Kenapa mayat dibungkus kain putih?
J: Kalau dibungkus dengan kain hitam , siapa takut!!!!

S: Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?
J. Ayam jadi banyaklah bilangannya.

S: Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda?
J: Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah.

S: Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil?
J: Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.

S: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?
J. Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.

S: Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah?
J: Orang naik beca semasa hujan

S: Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.
J: Tapak kaki kitalah
.
S: Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?
J: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan.

S. Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?
J: Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus!

S: Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan kepintarannya?
J: Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang buta.

S: Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?
J: Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.

S: Apakah yang berada diantara langit dan bumi.
J: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah “dan”

S:Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?
J: Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama.

S:Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah perkara itu?
J: Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama.

S:Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi?
J:Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi.

S: Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran.
J: Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada….

S: Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?
J: Buang tebiat

S: Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang.
J: Batang hidung engkaulah!

S: Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?
J: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!

S: Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?
J: Sebab anak dia tu perempuan

S: Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
J. Bahrain – bah tu banjir, ‘rain’ tu hujan…

S: Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?
J: Pemandunya lah yang mati…… kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar….mati lah orang tu, kan-kan?

S: Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak?
J: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh.

S: Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?
J: Pisang Goreng

S: Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?
J: Kutu ler…Sebab memang dok kat kepala orang!

S: Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3?
J: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.

S: Apakah haiwan yang berkaki 3?
J: Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4.

S: Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?
J: Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD.

S: Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk?
J: Orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat.

S: Haiwan apakah yang paling tidak sopan?
J: Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang.

S: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?
J: Anak mancis daaa.

S: Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar?
J: Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam kapal… ha…ha…ha..

S: Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon?
J: Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali jalan oleh TELEKOM

S: 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?
J: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.

S: Binatang apakah yang paling kaya didunia?
J: Beruang (sebab binatang ni ber wang)

S: Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?
J: Ikan Belukang kerana “Blue” adalah perkataan inggeris, “Kang” adalah perkataan Jawa.

Lawak

BURUNG DIAM

Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua.
Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya
diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. Ia berkata
kepada si penjual burung.
Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini...??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500,sedangkan yang diam itu RM1000.
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa... memang berbeza,
yang berharaga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.
Moral: Diam lebih baik dari berkata-kata




RAWATAN KECEMASAN

Seorang wanita menolong seorang mangsa kemalangan di 

tengah kerumunan orang ramai. Tiba-tiba seorang 

lelaki menghampirinya dan berkata dengan kasar...

"Puan ketepi...! Biar saya yang buat... saya baru saja tamat 

kursus rawatan cemas!"


Wanita itu ketepi dan memandang lelaki melakukan 

tugasnya... Jelas lelaki itu belum begitu mahir... 

Lalu...dengan tenang wanita itu berkata.


"Kalau akhirnya saudara memerlukan seorang doktor, saya 

ada di sini."




WARNA SURAT

Ani : Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau
Muda?
Ena : Surat warna Hijau Muda itu bererti Aku Cinta Padamu
Ani : Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?
Ena : itu melambangkan Suasana Pilu
Ani : Kalau kertasnya berwarna Merah?
Ena : Asmara Yang Membara
Ani : Kalau kertasnya warna Putih?
Ena: Suci, Bersih dan Jujur
Ani : Kalau kertasnya Kuning?
Ena: Melambangkan Hati Yang Gersang
Ani : Kalau Merah Jambu?
Ena: Sedang Jatuh Cinta
Ani : Kalau kelabu?
Ena : Melambangkan Hati Yang Sedang sedih
Ani : Kalau kertasnya Hitam?
Ena : Itu namanya kertas karbon.. bodoh

Wakakkakakaka................. :)

Hukum Menulis InsyaAllah Dalam Rumi

Berikut adalah penjelasan hukum yang diberikan dan telah diperakui oleh S.S. Mufti Dr. Juanda bin Jaya.
Soalan:
Salam ust. Saya jawab msg dari seorg kawan, dlm msg tersebut saya ada tulis INSYAALLAH. Kawan saya kata tak boleh tulis mcm tu sebaliknya kena tulis IN SYAA ALLAH (ditulis secara berasingan). Kerana INSYAALLAH membawa maksud menciptakan Allah, sedangkan IN SYAA ALLAHmaksudnya Jika Dikehendaki Allah? Mohon penjelasan dari ust.
Jawapan:
Tiada apa-apa kesalahan menulis إِنْ شَاءَ اللهُ dalam ejaan rumi dengan INSYAALLAH. Orang yang menulis INSYAALLAH sudah tentu memaksudkan: “Jika Diizinkan Allah”. Tak boleh memberat-beratkan umat Islam, atau membimbangkan mereka dalam perkara-perkara remeh temeh seperti ini, apatah lagi kalimah itu ditulis dalam ejaan rumi yang tak boleh dijadikan ukuran betul ataupun salah dalam bab seumpama ini. Tidak boleh sama-sekali mengatakan sesiapa yang menulisINSYAALLAH bermakna orang itu telah menyatakan dia yang menciptakan Allah, dakwaan ini amat-amat longgar. Ringkasnya mana-mana kalimah atau ayat arab yang ditulis dalam ejaan rumi dikembalikan kepada maksud yang telah sedia difahami umum.


Kisah Allah Menciptakan Jibrail A.S

“Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi
Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa,
“Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat Jibrail dengan bentuk yang sangat elok. Jibrail mempunyai 124,000 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap burung merak, sayap itu antara timur dan barat. Jika Jibrail menebarkan hanya satu daripada beberapa sayap yang dimilikinya, maka ia sudah cukup untuk menutup dunia ini”.
Setelah memandang dirinya yang tampak begitu indah dan sempurna, maka malaikat Jibrail pun berkata kepada Allah,
“Wahai Rabbku, apakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik daripada aku?”
Kemudian Allah pun menjawab pertanyaan malaikat Jibrail,
“Tidak”.
Mendengar jawapan Allah, maka malaikat Jibrail pun berdiri dan melakukan solat dua rakaat untuk bersyukur kepada Allah. Pada setiap rakaat solat yang dikerjakan oleh malaikat Jibrail, dia menghabiskan masa selama 20,000 tahun lamanya.
Setelah malaikat Jibrail selesai melaksanakan solatnya, kemudian Allah pun berfirman kepadanya,
“Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembahKu seperti ibadah yang kamu lakukan, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia, yang paling Aku cintai bernama Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa.
Seandainya mereka mengerjakan solat dua rakaat walau hanya sebentar dan dalam keadaan lupa serta serba kurang, dengan pikiran yang melayang-layang dan dosa mereka pun besar, maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai daripada solatmu. Hal tersebut kerana mereka telah mengerjakan solat itu atas perintahKu sedangkan solat kamu bukan atas perintahKu”.
Setelah mendengar hal tersebut, Jibrail pun kembali bertanya kepada Allah,
“Ya Rabbku, apakah yang Engkau berikan kepada mereka sebagai ganjaran atas ibadah mereka kepadaMu?”
Maka Allah berfirman yang ertinya,
“Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal mereka”.
Malaikat Jibril kemudian meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa tersebut.
Setelah Allah memberikan izin kepadanya, maka malaikat Jibrail pun mengembangkan sayapnya dan terbang menuju syurga Ma’waa. Satu hayunan sayap malaikat Jibrail adalah sama dengan jarak perjalanan selama 3000 tahun. Maka terbanglah malaikat Jibrail selama beberapa lama perjalanan, malaikat Jibrail akhirnya kepenatan dan turun untuk singgah dan berteduh di bawah sebuah pohon. Di sana ia bersujud kepada Allah lalu berkata,
“Ya Rabbku, apakah aku telah menempuh setengah atau sepertiga atau seperempat dari perjalanan menuju ke syurga Ma’waa?”
Maka Allah pun berfirman,
“Wahai Jibrail, meskipun kamu mampu terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa puluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan”.
Sabda Rasulullah,
“Sebelah kanan sayap Jibrail terdapat gambar syurga berserta dengan segala isinya termasuk bidadari-bidadari, istana, pelayan dan sebagainya manakala sayapnya yang sebelah kiri terdapat gambar neraka dan segala isinya yang terdiri daripada beberapa macam ular yang cukup bisa, kala jengking dan neraka yang bertingkat-tingkat serta penjaganya yang terdiri daripada malaikat yang garang dan ganas yakni malaikat Zabaniyah“.
Kata Rasulullah lagi,
“Apabila telah sampai ajal seseorang itu, maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang kecil pada badan manusia kemudian mereka akan menarik rohnya dari kedua telapak kaki hingga lutut dan mereka pun keluar. Setelah itu datang lagi sekumpulan malaikat masuk menarik roh dari lutut ke perut. Begitulah seterusnya dari perut ke dada dan dada ke kerongkongnya. Itu saat nazak seseorang”.
“Kalau orang yang nazak itu orang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang sebelah kanan sehingga orang itu dapat melihat kedudukannya di syurga sehingga terlupa orang-orang di sekelilingnya. Jika orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap sebelah kiri untuk menunjukkan tempatnya di neraka sehinnga ia menjadi sangat takut serta lupa kepada keluarganya”, kata Rasulullah.
Kita sebagai umat Islam mesti mengakui kebenaran ini dan ia adalah sama seperti kita beriman kepada perkara ghaib. Tidaklah mustahil bagi Allah untuk menciptakan segala sesuatu kerana Dia maha pencipta. Cukuplah sekadar kita melihat langit yang tidak bertiang, bukankah ia perkara mustahil bagi manusia untuk membuatnya?